Strategi Texas Holdem Poker

how to play poker

Anda mungkin sudah mengetahui bahawa bermain poker dapat menjadikan wang anda menjadi lebih banyak. Artikel ini akan membantu anda untuk membuat lebih banyak wang dengan hanya bermain Texas Holdem Poker menggunakan strategi yang dapat anda gunakan pada hari ini juga.

Bagaimana anda dapat membuat wang?

Prinsipnya cukup mudah iaitu "memaksimumkan kemenangan anda dan meminimumkan kerugian anda".

Apakah kemahiran utama yang diperlukan untuk bermain poker?

Terdapat 2 kemahiran kritikal untuk membuat wang:

  1. Kemahiran untuk fold apabila risiko anda untuk rugi adalah tinggi walaupun anda mempunyai kad yang baik semasa pre-flop.
  2. Kemahiran untuk bet dan raise apabila anda mempunyai peluang yang tinggi untuk menang.

Sekiranya anda bergantung kepada luck, anda tidak akan lama bermain poker kerana pemain yang baik akan mendapat semua chips anda dengan mudah.

Artikel ini menerangkan perkara berikut:

  1. Kategori Texas Holdem Poker
  2. Sikap Pemain Poker Professional
  3. Poker Hands
  4. Blinds
  5. Pusingan Texas Holdem Poker
  6. Pemilihan Kad
  7. Strategi Poker
  8. Penutup
Texas Holdem Poker

Kategori Texas Holdem Poker

Terdapat 2 kategori Texas Holdem Poker iaitu:

  1. Limit Texas Holdem Poker
  2. No Limit (NL) Texas Holdem Poker

Perbezaan secara umum adalah seperti berikut.

Limit Texas Holdem Poker

  1. Jumlah bet bergantung kepada big blinds.
  2. Maksimum sekali bet dan 2 kali raise dibenarkan setiap pusingan.
  3. Sekiranya hanya terdapat 2 pemain yang tinggal, tiada had untuk bet dan raise.
  4. Sekiranya anda kalah, anda hanya rugi chips di dalam pot.
  5. Peluang anda menang besar juga sedikit.

No-Limit Texas Holdem Poker

  1. Nilai minimum untuk bet adalah nilai big blinds.
  2. Tiada had maksimum untuk anda atau pemain lain untuk bet dan raise.
  3. Anda mungkin kehilangan seluruh chips (stacks) anda di atas meja dalam satu pusingan.
  4. Peluang anda menang besar juga tinggi sekiranya anda melakukan sesuatu yang betul pada masa yang tepat.

Walaupun terdapat perbezaan bagi kedua-dua permainan, peraturan permainan adalah sama.

Bagi kedua-dua jenis poker ini, walaupun anda menang berkali-kali, sekiranya anda tersilap membuat keputusan walaupun sekali, anda akan mengalami kerugian besar dan masa anda akan terbuang sia-sia.

Selain itu, sikap anda juga menentukan sama ada anda dapat hidup selesa dengan bermain poker atau sentiasa mengalami masalah kewangan kerana sering kerugian.

Pemain poker professional

Sikap Pemain Poker Professional

Sikap anda dalam kehidupan seharian anda menggambarkan bagaimana anda bermain poker.

Sekiranya anda telah membaca semua buku berkaitan poker dan menjadi pakar teknikal seperti kad yang sesuai untuk turut bermain dan strategi poker untuk menang, ianya bukan jaminan anda tidak akan kerugian.

Jarang pemain poker yang memiliki ciri-ciri pemain poker professional.

Ini kerana 80% kadar kemenangan anda dipengaruhi oleh psikologi dan 20% lagi adalah strategi yang anda gunakan.

Anda boleh membuat penilaian tentang diri anda dengan menjawab soalan-soalan berikut:

  1. Sekiranya terdapat kenderaan yang memotong kenderaan anda di jalan raya, adakah anda berasa marah?
  2. Adakah anda cuba untuk menang setiap kali bertengkar?
  3. Adakah anda cuba menyiapkan kerja anda dengan secepat yang mungkin dan tidak suka membazirkan masa?
  4. Apabila anda berasa marah, adakah anda meninggikan suara atau merosakkan objek berdekatan dengan anda?
  5. Sekiranya anda berjudi, adakah anda mengutamakan permainan yang memberi hadiah lebih banyak dengan wang yang anda perlu gunakan untuk turut berjudi?
  6. Adakah anda sanggup meminjamkan wang anda kepada kawan anda yang kerugian agar dia terus dapat berjudi?
  7. Adakah anda menyahut semua cabaran dari orang lain?
  8. Adakah anda tahu nilai wang anda?
  9. Adakah anda mengikut "teori bangkrupt" iaitu teori yang memerlukan anda untuk terus berjudi walaupun sering kalah dan perlu "berani mati" untuk menang besar?
  10. Adakah anda sanggup memenuhi janji anda untuk bermain poker dengan orang lain walaupun anda keletihan?
  11. Adakah anda berjudi mengikut wang yang anda miliki?
  12. Adakah anda menggunakan dadah atau alkohol agar dapat bermain poker dengan lebih baik?

Sekiranya anda menjawab "Ya" bagi mana-mana soalan di atas, anda perlu berubah sekiranya anda ingin menjadi pemain poker professional.

Sekiranya terdapat kenderaan yang memotong kenderaan anda di jalan raya, adakah anda berasa marah?

Situasi kenderaan anda dipotong oleh kenderaan anda tidak membuatkan anda mengalami kecederaan. Anda hanya perlu memberi laluan kepada mereka untuk memotong anda.

Ketika anda bermain poker, banyak situasi yang tidak anda jangka boleh berlaku seperti kad di tangan anda, kad komuniti di atas meja, serta juga cara pemain lain bermain.

Anda hanya perlu kekal rasional dan terus bermain.

Adakah anda cuba untuk menang setiap kali bertengkar?

Ketika anda bermain poker, anda perlu cuba untuk memenangi pot dan bukannya menang bertengkar dengan pemain lain.

Sekiranya terdapat pemain lain yang mengkritik anda ketika permainan, anda tidap perlu menghiraukan mereka. Pemain yang lemah merupakan pemain yang ego dan cuba untuk menang semua pertengkaran.

Pemain professional mempunyai keyakinan kepada diri sendiri dan tidak perlu membuktikan kepada sesiapa terutamanya kepada pemain lawan.

Sekiranya anda sering bertengkar dengan orang-orang yang rapat dengan anda, anda perlu bertanya kepada diri anda sendiri, "Kenapa saya perlu membuktikan diri saya lebih baik dari mereka?"

Adakah anda cuba menyiapkan kerja anda dengan secepat yang mungkin dan tidak suka membazirkan masa?

Anda perlu memastikan otak anda mendapat rehat yang cukup sebelum mula bermain poker. Anda juga perlu menyiapkan semua kerja yang menganggu fikiran anda terlebih dahulu.

Walaupun anda telah menyiapkan semua kerja anda, kerja yang memerlukan penggunaan otak yang banyak sebelum anda mula bermain merupakan punca anda akan kerugian ketika anda bermain.

Keadaan ini berlaku kerana anda bermain secara autopilot dan tidak dapat fokus sepenuhnya terhadap cara pemain lain bermain.

Apabila anda berasa marah, adakah anda meninggikan suara atau merosakkan objek berdekatan dengan anda?

Meninggikan suara atau merosakkan objek berdekatan anda untuk melepaskan kemarahan membuatkan anda membazir tenaga anda. Anda tidak dapat membuat keputusan yang baik ketika sedang marah.

Keadaan menjadi lebih teruk sekiranya fikiran anda terganggu ketika sedang bermain poker.

Anda perlu mengawal kemarahan anda untuk menjadi pemain poker professional.

Sekiranya anda berjudi, adakah anda memilih permainan yang memberi hadiah lebih banyak dengan wang yang anda perlu gunakan untuk turut bermain?

Sekiranya anda melakukan urusan bisnes dengan orang lain, mereka mungkin menangguhkan urusan bisnes dengan anda sekiranya anda hanya anda yang mendapat untung.

Tiada salahnya apabila anda turut call apabila pemain lain mula bet dalam jumlah yang kecil apabila anda telah banyak memenangi pot sekiranya anda masih ada peluang untuk menang.

Pemain lain akan merasa seronok bermain dengan anda dan mungkin juga akan beranggapan anda pemain yang lemah.

Walaupun demikian, sekiranya anda tiada peluang untuk menang lansung, anda tidak perlu call.

Adakah anda sanggup meminjamkan wang anda kepada kawan anda yang kalah judi agar dia terus dapat berjudi?

Anda tidak perlu meminjamkan wang anda kepada orang yang tidak percaya dapat meminjamkan wang kepada anda apabila anda memerlukannya. Lebih teruk lagi sekiranya anda tidak percaya dapat membayar kembali hutang mereka.

Selain itu, sekiranya anda meminjamkan wang anda kepada pemain yang lemah, kelemahan mereka akan memberi masalah kepada anda.

Terdapat ramai pemain yang berlegar di ruang poker kasino yang dapat bercerita mengenai betapa baiknya kedudukkan kewangan mereka sekiranya terdapat orang yang sudi meminjamkan wang kepada mereka untuk berjudi dan dapat melangsaikan hutang mereka dalam jangka masa yang singkat.

Sekiranya anda bermain poker di kasino, elakkan untuk berhutang kerana anda mungkin berhutang dengan loan shark yang biasanya membawa kepada masalah yang lebih banyak kepada anda.

Adakah anda menyahut semua cabaran dari orang lain?

Anda tidak perlu menyahut semua cabaran kepada anda. Anda tidak perlu risau sekiranya anda perlu mengalah sekiranya situasi tidak menguntungkan anda.

Kemahiran utama untuk bermain poker adalah kemahiran untuk fold walau sebaik mana pun kad anda.

Tiada salahnya anda melepaskan peluang yang kecik untuk menang sekiranya anda dapat bersabar menunggu peluang yang lebih banyak untuk anda menang besar.

Adakah anda menghargai wang anda?

Menghargai wang anda tidak mempunyai hubungan dengan kemahiran anda bermain poker.

Situasi yang sering berlaku, pemain yang lemah sanggup menjual segala harta benda untuk berjudi.

Lebih teruk lagi ada yang sanggup membunuh diri kerana terlalu banyak berhutang.

Wang kemenangan yang diperoleh kerana luck juga hanya habis di meja judi.

Pemain poker sebegini biasanya sering bluff dan call apabila berdepan dengan pemain poker professional.

Adakah anda mengikut "teori bangkrupt" iaitu teori yang memerlukan anda untuk terus berjudi walaupun sering kalah dan perlu "berani mati" untuk menang besar?

Sekiranya anda kalah secara berterusan, anda perlu mengubah cara anda bermain atau bertukar meja poker yang lain kerana corak permainan anda telah dapat dibaca oleh pemain lain.

Sekiranya masih juga kalah, anda perlu berhenti bermain dan berehat untuk seketika. Anda tidak perlu "berani mati" untuk menang kerana anda pernah menang sebelum ini kerana luck atau anda bermain dengan pemain yang lemah.

Adakah anda sanggup memenuhi janji anda untuk bermain poker dengan orang lain walaupun anda keletihan?

Sekiranya anda keletihan, anda perlu pulang ke rumah anda dan berehat terlebih dahulu. Anda perlu mendapat rehat yang cukup sebelum bermain poker.

Sekiranya anda sudah berjanji dengan pemain lain, anda perlu menjadualkan waktu anda berehat pada hari sebelumnya agar anda dapat bermain pada waktu yang dijanjikan.

Sekiranya anda terlalu letih untuk bermain, anda perlu memberitahu kepada pemain lain agar mereka tidak tertunggu-tunggu kedatangan anda.

Sekiranya anda bermain poker di kasino atau online poker, anda boleh mula bermain poker selepas mendapat rehat yang cukup pada waktu tengah malam atau awal pagi dimana sebilangan besar pemain sudah keletihan.

Adakah anda berjudi mengikut wang yang anda miliki?

Sekiranya wang anda hanya cukup untuk buy-in di meja hi-stake, tiada salahnya anda mencuba luck anda sekiranya gaya permainan oleh pemain lain dapat dibaca oleh anda.

Sebelum mula turut bermain, anda perlu memilih meja yang sesuai untuk anda bermain.

Anda boleh kehilangan semua wang anda dalam jangka masa yang singkat dan anda tidak boleh bermain terlalu tight kerana anda kekurangan wang,

Walaupun demikian, anda berpeluang mendapat pot yang berkali ganda dari kerugian anda.

Adakah anda menggunakan dadah atau alkohol agar dapat bermain poker dengan lebih baik?

Walaupun terdapat pemain yang dapat bermain dengan lebih baik selepas minum sedikit alkohol atau menggunakan dadah, ia biasanya menyebabkan anda hilang wang anda lebih cepat terutamanya apabila anda sering kalah.

Poker Hands

Texas Holdem Poker adalah permainan poker 7 kad.

2 kad diberikan kepada anda di awal permain yang dikenali dengan nama Hole card.

5 kad seterusnya di atas meja dikenali dengan nama community cards yang dikongsi bersama pemain lain.

Hanya 5 kad di akhir permainan yang dikira bagi menentukan pemenang.

Pemain yang mempunyai nilai kad tertinggi akan menjadi pemenang.

Sekiranya kad yang sama ranking, kicker iaitu kad tambahan yang digunakan dalam kombinasi 5 kad menentukan pemenang. Keadaan ini biasanya berlaku ketika pemain mempunyai pair yang sama.

Sekiranya terdapat lebih dari seorang pemenang, hadiah akan dikongsi.

Poker Hands iaitu kedudukan tertinggi kedudukkan 5 kad mengikut turutan seperti berikut:

  1. Royal Flush
  2. Straight Flush
  3. Four of Kind
  4. Full House
  5. Flush
  6. Straight
  7. Three of kind
  8. Two pair
  9. Pair
  10. High card

#1 Royal Flush

Royal flush merupakan ranking tertinggi dalam poker. Ianya terdiri dari 5 kad tertinggi dalam mana-mana simbol kad. hanya terdapat 4 Royal Flush dalam poker seperti berikut:

  1. A K Q J 10
  2. A K Q J 10
  3. A K Q J 10
  4. A K Q J 10

#2 Straight Flush

Merupakan ranking kedua dalam poker hands. Terdiri dari 5 kad mempunyai simbol yang sama dan berturutan selain dari Royal Flush.

Terdapat sebanyak 36 Straight Flush dalam poker. Nilai kad tertinggi menentukan pemenang. Contohnya seperti berikut:

  1. 9 10 J Q K
  2. 8 9 10 J Q
  3. 7 8 9 10 J
  4. 6 7 8 9 10
  5. 5 6 7 8 9
  6. 4 5 6 7 8
  7. 3 4 5 6 7
  8. 2 3 4 5 6
  9. A 2 3 4 5

#3 Four of Kind

Four of kind merupakan ranking ketiga dalam poker hands. Terdapat 4 kad mempunyai nilai yang sama dari semua simbol.

Kad ke-5 merupakan kicker. Sekiranya 4 kad yang sama merupakan community card, nilai kicker digunakan untuk menentukan pemenang.

Sekiranya kicker adalah sama, pemenang akan berkongsi pot. Nilai kad tertinggi merupakan pemenang.

Terdapat sebanyak 624 Four of Kind dalam poker. Contohnya seperti berikut:

  • A A A A 2
  • K K K K 3
  • Q Q Q Q 4
  • J J J J 5
  • 10 10 10 10 6
  • 9 9 9 9 7
  • 8 8 8 8 2
  • 7 7 7 7 9
  • 6 6 6 6 10
  • 5 5 5 5 J
  • 4 4 4 4 Q
  • 3 3 3 3 K
  • 2 2 2 2 A

#4 Full House

Full House berada di ranking ke-4 dalam poker hands. Full House memerlukan 3 kad yang mempunyai nilai yang sama dan 2 kad lagi juga memiliki nilai yang sama.

Nilai 3 kad tertinggi merupakan pemenang. Terdapat 3,744 Full House dalam poker.

Contohnya seperti berikut:

  • A A A 2 2
  • K K K 3 3
  • Q Q Q 4 4
  • J J J 5 5
  • 10 10 10 6 6
  • 9 9 9 7 7
  • 8 8 8 2 2
  • 7 7 7 9 9
  • 6 6 6 10 10
  • 5 5 5 J J
  • 4 4 4 Q Q
  • 3 3 3 K K
  • 2 2 2 A A

#5 Flush

Flush berada di ranking ke-5 dalam poker hands. Flush memerlukan 5 kad yang mempunyai simbol yang sama dan tidak berturutan (selain dari Royal Flush dan Straight Flush).

Pemain yang mempunyai kad tertinggi akan menang. Sekiranya sama, pot akan dibahagikan kepada pemain. Terdapat 5,108 Flush dalam poker.

Contohnya seperti berikut:

  1. A Q 9 7 3
  2. K 10 7 6 5
  3. 10 7 5 4 2
  4. Q 10 8 5 4

#6 Straight

Straight berada di ranking ke-6 dalam poker hands. Straight memerlukan 5 kad yang berturutan walaupun simbol yang berbeza.

Pemain yang mempunyai kad tertinggi akan menang. Sekiranya sama, pot akan dibahagikan kepada pemain. Terdapat 10,200 Straight dalam poker.

Contohnya seperti berikut:

  1. A K Q J 10
  2. 10 9 8 7 6
  3. 7 6 5 4 3
  4. 5 4 3 2 A

#7 Three of kind

Three of kind berada di ranking ke-7 dalam poker hands. Three of kind memerlukan 3 kad yang sama nilai dan 2 kad yang berbeza sebagai kicker.

Pemain yang mempunyai kad tertinggi akan menang. Sekiranya sama, kicker akan dikira. Sekiranya sama, pot akan dibahagikan kepada pemain. Terdapat 54,912 Three of kind dalam poker.

Contohnya seperti berikut:

  1. A A A 10 2
  2. K K K 3 5
  3. Q Q Q 4 5
  4. J J J 9 5

#8 Two pair

Two pair berada di ranking ke-8 dalam poker hands. Two pair memerlukan 2 kad yang sama nilai, 2 kad lain yang berbeza mempunyai nilai yang sama serta 1 kad lagi sebagai kicker.

Pemain yang mempunyai kad tertinggi akan menang. Sekiranya sama, kicker akan dikira. Sekiranya sama, pot akan dibahagikan kepada pemain. Terdapat 123,552 Two pair dalam poker.

Contohnya seperti berikut:

  1. A A 10 10 2
  2. K K 3 3 5
  3. Q Q 4 4 10
  4. J J 9 9 A

#9 Pair

Pair berada di ranking ke-9 dalam poker hands. Pair memerlukan 2 kad yang sama nilai dan 3 kad berbeza nilai lagi sebagai kicker.

Pemain yang mempunyai nilai Pair tertinggi akan menang. Sekiranya sama, kicker akan dikira. Sekiranya sama, pot akan dibahagikan kepada pemain. Terdapat 1,098,240 Pair dalam poker.

Contohnya seperti berikut:

  1. A A Q 10 2
  2. K K 10 3 5
  3. Q Q 7 4 5
  4. J J K 9 5

#10 High card

High card berada di ranking ke-10 dalam poker hands dan merupakan ranking terendah dalam poker.

Pemain yang mempunyai High card tertinggi akan menang. Sekiranya sama, kicker akan dikira berdasarkan kepada kad ke-2 hingga kad ke-5. Terdapat 1,302,540 High card dalam poker.

High card hanya memerlukan satu kad sahaja mengikut nilai tertinggi. Contohnya seperti berikut:

  1. A
  2. K
  3. Q
  4. J
  5. 10
  6. 9
  7. 8
  8. 7
  9. 6
  10. 5
  11. 4
  12. 3
  13. 2
poker-hands-ranking Blinds

Blinds

Setiap permainan Texas holdem poker dan Omaha memerlukan anda memiliki jumlah chips minimum dan maksimum yang dikenali dengan nama buy-in

Anda menggunakan chips untuk turut bermain. Sebelum mula bermain, terdapat 2 pemain yang diwajibkan untuk mengeluarkan chips mengikut had meja anda bermain sebelum permainan bermula yang dinamakan ante.

2 pemain ini berada di kedudukkan 2 dari sebelah kiri pemain yang mempunyai button yang dinamakan dealer.

Sekiranya anda bermain poker secara online, pemain yang baru bermain turut perlu membayar ante tanpa mengira kedudukan mereka dalam permainan.

Button dealer ini bergerak mengikut pusingan jam bagi setiap permainan.

Sekiranya anda bermain poker di kasino, terdapat kasino yang membenarkan pemain yang memiliki button dealer untuk membahagikan kad kepada pemain lain.

Pemain di sebelah kiri dealer wajib untuk mengeluarkan separuh dari jumlah bet minimum dan dikenali dengan nama small blind.

Manakala, pemain yang berada pada kedudukkan 2 dari kiri dealer diwajibkan untuk mengeluarkan jumlah bet minimum dan dikenali dengan nama big blind.

Pemain yang lain dapat membuat keputusan untuk call, raise, atau fold dengan percuma.

Pemain pertama yang membuat keputusan untuk call, raise, atau fold adalah big blind dan berakhir dengan small blind bagi setiap pusingan.

Sekiranya terdapat pemain lain yang raise sebelum small blind, pemain terakhir dalam pusingan tersebut adalah pemain yang berada di sebelah kanan pemain yang melakukan raise.

Pot

Pot

Pot merujuk kepada jumlah wang yang dimenangi oleh pemenang dalam sesuatu pusingan.

Manakala side pot merujuk kepada jumlah pertaruhan yang melibatkan lebih dari 2 orang pemain. Sekiranya terdapat pemain yang call namun tidak mempunyai nilai wang atau chips yang cukup dengan melakukan all-in, pemain ini hanya layak mendapat pot pertama sahaja sekiranya menang.

Side pot pula ditentukan 5 kad terbaik yang dimiliki oleh pemain lain walaupun kalah dengan pemain yang melakukan all-in.

Peringkat Texas Holdem Poker

Pusingan Texas Holdem Poker

Terdapat 4 pusingan dalam permainan Texas Holdem Poker:

  1. Pre-flop
  2. Flop
  3. Turn
  4. River

Pada peringkat Flop, Turn, dan River, anda dan pemain lain boleh membuat keputusan untuk check, call, raise, atau fold.

Check tidak memerlukan anda untuk meletakkan wang dan melepaskan giliran anda membuat keputusan kepada pemain lain.

Pre-flop

Pada peringkat pre-flop, anda menerima 2 kad yang dikenali dengan nama Hole card.

Anda dan pemain lain boleh membuat keputusan untuk call, raise, atau fold.

Flop

Pada peringkat pre-flop, terdapat 3 kad di atas meja yang di kenali dengan nama community cards yang dikongsi bersama pemain lain.

Big Blind merupakan pemain pertama yang bertindak.

Anda dan pemain lain boleh membuat keputusan untuk check, call, raise, atau fold.

Turn

Kad ke-4 terdapat dalam community cards.

Big Blind merupakan pemain pertama yang bertindak.

Anda dan pemain lain boleh membuat keputusan untuk check, call, raise, atau fold.

River

Kad ke-5 iaitu kad terakhir dalam community cards.

Big Blind merupakan pemain pertama yang bertindak.

Anda dan pemain lain boleh membuat keputusan untuk check, call, raise, atau fold.

Sekiranya terdapat pemain yang raise dan tiada pemain lain yang call, pemain yang melakukan raise dianggap pemenang.

Pemilihan Kad Poker

Pemilihan Kad

Pemain yang sering kerugian selalunya bermain terlalu banyak pusingan pre-flop dan flop.

Pemain yang memilih kad untuk turut bermain dikenali dengan nama tight player.

Sekiranya anda terlalu memilih kad seperti hanya memilih hole card AA atau KK pada peringkat pre-flop, anda mungkin terlepas banyak peluang untuk menang.

Pemain yang lemah biasanya kekal kerugian kerana hanya selalu teringat kepada masa dia menjadi pemenang sahaja.

Sebaik mana kad yang anda miliki, anda perlu sanggup fold sekiranya situasi tidak menyebelahi anda.

Anda perlu ingat bahawa kemahiran utama bermain poker adalah kemahiran untuk fold.

Ini hanya panduan untuk mengurangkan risiko anda kerugian. Tiada jaminan anda akan menang.

Hole card yang sering menang

Pair:

  • AA
  • KK
  • QQ
  • JJ
  • 10 10

Suited (sama simbol):

  • AK
  • AQ
  • AJ

Off-suited (tidak sama simbol):

  • AK
  • AQ

Kad yang kadang-kadang menang

Pairs:

  • 99
  • 88

Suited:

  • A 10
  • KQ
  • KJ
  • QJ
  • J 10
  • K 10
  • Q 10

Off-suited:

  • AJ
  • KQ

Kad yang jarang menang

Pair:

  • 77
  • 66
  • 55
  • 44
  • 33
  • 22

Suited:

  • A (9 hingga 2)
  • J9
  • 10 9
  • 10 8
  • 9 8
  • 9 7
  • 8 7
  • 7 6

Off-suited:

  • KJ
  • QJ
  • J 10

Kad yang sukar untuk menang

Suited

  • K 9
  • J 8
  • 8 6
  • 7 5
  • 6 5
  • 6 4
  • 5 4

Off-suited:

  • A 10
  • K 10
  • Q 10

Untuk menang dengan konsisten dalam jangka masa yang panjang, anda perlu bersabar menunggu Hole card yang baik.

Anda perlu ingat, kemahiran utama dalam poker adalah kemahiran untuk fold.

Strategi Poker

Strategi Poker

Sekiranya terdapat pemain lain raise melebihi jumlah pot dan poker hand anda buruk, sebaiknya anda fold.

Walaupun demikian, anda perlu memerhati corak permainan pemain lain. Terdapat pemain yang suka bluff iaitu berpura-pura memiliki poker hand yang kuat.

Terdapat juga pemain yang berpura-pura memiliki poker hand yang lemah walaupun mempunyai poker hand yang kuat. Anda mungkin terpedaya.

Anda mungkin memerlukan "hanya satu kad lagi" untuk mendapat poker hand yang baik. Penantian anda kemungkinan besar menyebabkan anda kerugian dalam jangka masa yang panjang.

Strategi Pre-flop

Sekiranya hole card anda tidak berapa bagus, elakkan untuk call sekiranya terdapat pemain yang raise. Anda boleh fold atau call minimum blinds.

Sekiranya anda memiliki hole card yang kuat, cuba untuk raise agar pot menjadi lebih banyak. Selain itu, anda boleh membuatkan pemain lain untuk fold.

Anda raise kerana anda ingin melindungi hole card anda yang baik dan bernilai.

Sekiranya anda perlu all-in kerana terdapat pemain yang raise, peluang anda untuk menang adalah tipis. Anda boleh turut call sekiranya anda memiliki Pair A atau K.

Anda perlu memerhati pemain yang raise.

Strategi Flop

Anda perlu memerhati community cards di tengah meja untuk mengetahui poker hands anda.

Sekiranya anda bermain poker online, kedudukkan poker hands dapat diketahui dengan mudah.

Anda perlu mengelakkan Flush daripada pemain lain.

Tanya kepada diri anda sendiri, "Apa poker hands saya dan apakah kemungkinan poker hand pemain lain"?

Anda perlu memerhati pemain yang raise pada peringkat pre-flop. Sekiranya community cards tidak memberi faedah kepada anda dan pemain yang sama terus raise, anda perlu mengira jumlah pot dan chips yang perlu anda keluarkan sekiranya anda call.

Strategi Turn

Pada peringkat Turn iaitu kad ke-4 dalam community cards terdapat di tengah meja, peringkat ini merupakan detik perubahan setiap pemain.

Pemain mula bet, raise, call, dan fold.

Sekiranya anda mempunyai poker hand yang baik sejak dari peringkat pre-flop lagi, anda boleh mula bet separuh dari nilai pot agar pemain lain turut call.

Sekiranya anda bet melebihi jumlah pot, kemungkinan pemain lain akan fold.

Walaupun begitu, anda perlu berhati-hati terhadap pemain lain yang bet, raise, dan call sejak dari pre-flop. Mereka kemungkinan turut mempunyai poker hands yang kuat atau sedang menunggu "hanya satu kad lagi".

Anda juga boleh menggunakan teknik check-raise untuk membina pot. Apabila giliran anda membuat keputusan, anda hanya perlu check.

Sekiranya terdapat pemain lain yang raise, anda boleh raise lebih banyak.

Sekiranya peluang anda untuk menang hampir tiada pada peringkat Turn, sebaiknya anda Fold sekiranya terdapat pemain yang bet atau raise.

Strategi River

Peringkat River merupakan kad terakhir dalam community cards.

Sekiranya peluang anda menang tiada lansung, sebaiknya anda fold sekiranya terdapat pemain lain yang bet.

Elakkan untuk berlakunya keajaiban anda akan menang. Anda perlu membayar harga yang mahal sekiranya berharap kepada luck kerana ianya akan menjadi tabiat anda setiap kali anda bermain poker.

Tiada salahnya untuk anda bet atau raise sekiranya anda memiliki poker hands yang kuat.

How to play poker: Texas Holdem (Bahasa Melayu)

Penutup

  1. Anda sudah tahu bagaimana untuk bermain poker.
  2. Maksimumkan kemenangan anda dan minimumkan kerugian.
  3. Kemahiran untuk fold merupakan kemahiran utama bermain poker.
  4. Poker merupakan permainan menggunakan kemahiran dan peluang.
  5. Rekod kadar kemenangan dan kerugian anda untuk memastikan kemahiran anda semakin meningkat.
  6. Luck hanya berlaku kadang-kadang sahaja. Kemahiran yang tinggi dapat membantu anda untuk mendapat wang besar dengan bermain poker.

Comments